2010年7月26日星期一

3.3 Kemuncak Pluraliti ALam Melayu : Kesultanan Melaka

Zaman kesultanan Melayu Melaka merupakan Zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu . Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh ( visionary ) . Empayar Melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelak THe Venice of THe East . Pelabuhannya begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka . Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka . Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan . Terdapat orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka . Perjahwinan campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan kira keharmonian antara kaum .

Pedagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar . Semua ini ialah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka ( menerima sesiapa sahaja yang ingin berdagang ) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap . Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang proaktif . Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka . Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut melaka yang berteraskan ajaran islam

Zaman Empayar Kesultanan melayu melaka merupakan Zaman pluraliti kerana proses penghirahan berlaku secara semula jadi tanap ada pemaksaan daripada mana-mana pihak . Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang nyata . Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan . Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab , India , China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela . Mereka telah berakmosasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik . Akomodasi antara pedagang dari CHina dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti masyarakat Baba . Mereka terus menetap di Melaka . Ringkasnya , pada zaman kesultanan Melayu melaka terdapat interaksi aktif dalam kalangan pelbagai bangsa dan kaum .

没有评论:

发表评论