2010年7月26日星期一

Pembentukan masyarakat pluralistik di malaysia

Perbincangan mengenai pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu , CIna dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku kaum lain di Malaysia . Hal ini disebabkan kerana ketiga-tiga komuniti etnik tersebut telah memainkan peranan yang paling menyerlah dalam memenuhi tututan keperluan ekonomi-politik British di Tanah Melayu . Hal ini tidak sama sekali menagikan kewujudan dan kepentingan peranan yang dimainkan oleh kesemua kaum dan suku kaum lain .

Sebelum tahun 1848 , hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu . Namum demikian , perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke -19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke -20 telah mengakibatkan penghirahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu . Menjelang tahun 1931 , jumlah penduduk bukan Melayu melabihi jumlah penduduk melayu . Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di Tanah melayu . Tiap-tiap kaum mempunyai agama , bahasa dan cara hidup yang berlainan .

没有评论:

发表评论