2010年7月26日星期一

3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh penjajah

Topik utama yang akan dibincang dalam bahagian ini ialah prinsip , sistem , strucktur dan dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah British di ALam Melayu . Kedatangan British ke ALam Melayu bukanlah dengan tangan kosong tetapi mereka telah lama maju dari segi ilmu pengetahuan . Universiti tertua di Eropah , iaitu Universiti Oxford , telah wujud sejak abad ke sepuluh Masihi lagi . Ertinya , mereka merupakan penjajah yang telah mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang sosial , kemanusian dan sains tulen . Perdebatan ilmu begitu hangat selama berabad-abad do dunia mereka sehingga berlakunya pemisahan besar antara agama dan sains moden pada abad ke lima belas Masihi.

没有评论:

发表评论