2010年7月26日星期一

Pembentukan masyarakat pluralistik oleh penjajah

Faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan bahawa agama hanya perlu pada peringkat individu sahaja ialah agama dianggap sebagai penyumbang kepada perselisihan pendapat dalam kalangan manusia dan seterusnya akan membawa kepada pergaduhan dan peperangan . Sebaliknya , ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang boleh menyatukan manusia di bawah payung kefahaman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman dan damai . Berasaskan fahaman ini , ilmu sains telah diterima sebagai ilmu penting dan asasi dalam kehiduan sosial duniawi manusia . Ringkasnya , ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia , termasuklah ilmu permerintahan dan pentadbiran .

Agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia . Kesannya , agama berada pada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain . Dasar ini diteruskan oleh penjajah British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama . ( Islam di Tanah Melayu ) dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan . Di samping itu , penjajah British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting iaitu kehakiman , eksekutif dan perundangan . Masing-masing pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampur aduk . Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan zaman sebelum kedatangan British menyebabkan tiada agihan kuasa berlaku kerana raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak .

没有评论:

发表评论