2010年7月26日星期一

Bab 3 pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dalam masyarakat Melayu

Konsep raja dan kerajaan ialah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu sementara konsep negeri atau negara ialah perkataan Sanskrit ( Ismail Hamid ,1988). Pelantikan para pegawai kerajaan awal dalam Alam melayu secara berangka seperti Orang Besar Empat , Orang Besar Lapan , Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh DUa dipengaruhi oleh astrologi Hindu . Menurut kepercayaan Hinduisme , raja ialah anak tuhan yang diutus ke muka bumi bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mesti mentaati dan mematuhi segala perintah raja . Kebesaran raja digamabarkan menerusi pembinaan candi-candi besar . Antara candi yang paling indah ialah Boribudur di Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja.
Hal ini secara psikologi diterapkan dalam hati nurani penduduk Alam Melayu bahawa institusi raja merupakan sesuatu yang amat besar dan perlu ditaati secara mutlak sesuai dengan kedudukannya sebagai anak tuhan , Hasilnya , raja ialah ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran negeri . Sistem ini terus dikekalkan , walaupun dengan beberapa perubahan , apabla Islam bertapak dalam Alam Melayu kemuduannya dan berterusan sehinggalah kedatangan penjajah Eropah , terutamanya British . Penjajah Eropah telah mengubah sistem kepada sistem politik kerajaan yang memisahkan agama dan pemerintahan di bawah dua pentadbiran yang berbeza . Tegasnya , agama diletakkan di bawah tadbir urus sultan dan negara pula di bawah tadbir urus kerajaan

Penjelmaan dari segi material dan bukan material dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan bersifat epistemologikal yang dibawa oleh penjajah British .Secara mudah dan ringkas , epistemologi bererti asak mula sesuatu ilmu pengetahuan .

没有评论:

发表评论