2010年7月26日星期一

Pembentukan masyarakat pluralistik oleh penjajah 2

Ketibaan pemerintah kolonial telah membawa pertemuan menarik antara "agama " ( dibaca Islam ) dan "negara' ( pentadbiran kolonial British ) . Pertemuan ini berlaku dalam suasana empirikal yang berbeza , iaitu antara " islam sebagai agama dan para penganutnya " dan "negara kolonial sekular ". Pertemuan ini berlaku dalam konteks permodenan yang diperkenalkan dan dirancangkan oleh kerajaan kolonial .
Sesungguhnya , Malaysia bukanlah negara pertama dalam kalangan koloni British yang melalui pengalaman ini . Negara-negara Asia selatan seperti India , Pakistan , Bangladesh , Bhutan , Sri Lanka dan Nepal telah melalui proses ini jauh lebih awal dari Malaysia.

Para sarjana yang pakar dalam bidang kajian India British seperti Bernard Cohn (seorang ahli antropologi berbangsa Amerika ) mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya terlibat penaklukan ruang fizikal ; apa yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang epistemologi atau sistem permikiran peribumi yang mengakibatkan hilangnya kekuatan sistem pemikiran tersebut sebagai kuasa pentakrif kehidupan . Proses ini seterusnya digantikan dengan sistem pemikiran asing menerusi aplikasi sistematik siri "modus penyiasatan " kolonial . Cohn yang telah menghabiskan seluruh hidupnya mengkaji seharah India berdasarkan kaca mata ilmu antropologi mencatatkan :

"An investigative modality includes the definition of a body of information that is needed , the procedures by which appropriate knowledge is gathered , its ordering and classification , and then how it is transformed into usable forms such as published report , statistical returns , histories , gazetters , legal codes , and encyclopaedias ( Cohn , 1996 )

没有评论:

发表评论