2010年7月26日星期一

hubungan etnik bab 3

Dalam majlis perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari india

Pembentukan pola masyarakat pluralistik selepas kedatangan orang eropah berbeza berbanding dengan zaman sebelum kedatangan mereka . Sebagai contoh , penghijrahan masuk orang cina dan india ke Tanah Melayu digalakkan oleh British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka . Orang Cina digalakan membuka lombong-lombong bijih timah dan emas . Mereka umumnya dibawa masuk oleh British tanpa disetai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka . Oleh sebab tumpuan dan hasrat kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik British , maka asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku . Masing-masing menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing . Namum , ini tidak bermakna tiada kehidupan yang harmonis . Kehidupan yang harmonis antara kaum tetap dan terus wujud dalam bentuk akomodasi sosial . Akomodasi sosial telah membenarkan setiap kaum iaitu Melayu , Cina dan India menjalani kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara harmonis . Keharmonian ini terus berkekalan sehingga ke hari ini .
Hubungan antara peradaban Alam Melayu dengan peradapan China dan India telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu . Oleh itu , dipercayai bahawa pedagang-pedagang India telah datang ke GUgusan Kepulauan Melayu sejak selewat-lewatnya pada abad pertama Masihi . Hubungan Perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China telah diasaskan pada awal abad ke-5 Masihi .
Hubungan tersebut terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan . Malahan , Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan sejal abad ke tujuh Masihi lagi . Menurut I-Tsing ( seorang sami Buddha dari CHina yang telah singgah di perlembang , Sumatera pada tahun 671 Masihi dalam pelayarannya ke India ) , terdapat lebih 1000 sami Buddha di Srivijaya .

Pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dalam masyarakat Melayu .
Perkembangan tamadun awal dalam Alam Melayu amat dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan India . Masyarakat Alam Melayu ( terutamanya dalam kalangan raja dan kaum bangsawan ) telah menerma unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan . George Coedes ( 1948 ) menggunakan istilah Indianisation atau "Pengindiaan" bagi melambangkan proses perluasan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara . Menurut Syed Muhammad Naquib AL-Attas (1972 pula ), Hinduisme dan Buddhisme sebenarynya tidak memberi kesan besar dalam kehidupan orang melayu (rakyat biasa ) dalam Alam Melayu . Pendapat beliau berasaskan hakikat bahawa jarang sekali terdapat nama berunsur Hindu dan Buddha dalam kalangan anak Melayu daripada kalangan rakyat biasa . Hal ini berbeza dengan agama Islam kerana hampir kesemua nama orang Melayu diberikan berdasarkan nama ISlam . Satu aspek lagi menurut AL-Attas , tidak terdapat kitab membincangkan idea besar seperti falsafah , ketuhanan ,metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme dan Buddhisme dalam Alam Melayu sama ada dalam Bahsa melayu mahupun bahasa Jawa yang kedua -duanya merupakan bahasa besar dalam Alam Melayu . Apa yang ada hanyalah kitab bersifat kesenian terutamanya dalam bahasa Jawa .

Namum , kenyataan AL-Attas tidak menafikan wujudnya pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dar segi seni budaya dan adat dalam kalangan orang MElayu rakyat biasa . WAtak-watak dalam wayang kulit yang memakai nama-nama Hindu seperti Ramayana , Hanuman dan Sita Dewi sangat terkenal dalam kalangan orang Melayu . Demikian juga halnya dengan adat istiadat perkahwinan orang Melayu yang dipengaruhi oleh Kebudayaan india yakni peralatan-peralatan seperti bunga manggar daan bunga telur serta acara bersanding itu sendiri . Hinduisme dan Buddhisme menurut AL-Attas lagi , diterima baik dan memberi dampak besar dalam kalangan pemerintah ALam Melayu sebelum kedatangan ISlam .

没有评论:

发表评论