2010年7月26日星期一

Ilmu pengetahuan alam melayu

Soalan yang sering ditanya apabila membincangkan epistemologi ialah : Bagaimanakah kita mengetahui sesuatu perkara ?' Jadi , perubahan epistemologikal bermaksud perubahan dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara kita melihat sesuatu . Hal ini seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara kita memahami sesuatu .

sebelum kedatangan penjajah British , ilmu pengetahuan dalam Alam Melayu lebih banyak berasaskan epistemologi bercorak metafizik . Menurut istilah orang Melayu , ilmu metafizik secara mudahnya ialah ilmu bersumberkan alam ghaib . ALam ghaib ialah alam bukan material yang wujud di luar pengalaman pancaindera manusia . Salah satu manifestasi ketara mengenai ilmu metafizik Alam Melayu ialah amalan perubatan perdukunan atau perbomohan menggunakan jampi serapah ketika berinteraksi dengan makhluk alam ghaib untuk mengubati sesuatu penyakit .

Kedatangan British mengubah epistemologi metafizik bersifat bukan material kepada epistemologi fizikal bersifat rasonal atau saintifik.Asas kepada epistemologi baharu ini ialah pembuktian sesuatu pengetahuan menerusi pancaindera , kemudiannya dipertingkat dengan alat saintifi seperti mkroskop dan sebagainya . Sesuatu itu hanya diiktirat kewujudannya jika boleh dibuktikan secara material oleh pancaindera sama ada menerusi bantuan alatan saintifik atau pun tidak . Epistemolog ini kemudiannya memperkenalkan ilmu , konstruksi sosial , perbendaharaan kata , idiom san institusi yang tidak diketahui oleh masyarakat peribumi sebelum ini seperti peta , banci , muzium dan kategori etnik . Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial

没有评论:

发表评论